Islamic Widget

Tuesday, July 27, 2010

GALERI GAMBAR









KANTIN











KEADAAN BILIK DARJAH











TAPAK SURAU BARU








SENARAI GURU

MOHD SHAH BIN SAIDON (GURUBESAR)
TUMINAH BT SALAM (GPK 1)
ADIBAH BT A RAHMAN (GPK 2)
EMELIYANAZZAH BT ABD. RASHID (GURU KO-KURIKULUM)
ROZITA BT MASRUN (GURU PEN AKADEMIK)
SAIMAH BT A. HADI (GURU PEN HEM)
FADILLAH BT MISNAN (GURU PEN KO-KURIKULUM)
NORSIAH BT RAMIN (GURU TAJ)
HALIJAH BT SULAIMAN (GURU TAJ)

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH AGAMA FELDA AYER HITAM
WAJAH BERSERI AMAN TENTERAM
MENDIDIK MEMBIMBING ANAK WATAN
MENDAPATKAN ILMU PENGETAHUAN
KAMI INSAN-INSAN BERWAWASAN
BERKUMPUL USAHA HADAPI CABARAN
KEJAYAAN CEMERLANG KAMI HARAPKAN
DOA RESTU KAMI HULURKAN
ILMU DIAMAL IMAN DIPERTINGKAT
COGAN KAMI MEMBAKAR SEMANGAT
USAHA GURU MEMBAWA BERKAT
BERGANDING BAHU KAMI SEPAKAT
BUDIMUDI KENANG SEPANJANG ZAMAN
KHIDMAT BAKTIMU MENJADI PANDUAN
MEMIMPIN KAMI MENCAPAI KEMAJUAN
CEMERLANG , GEMILANG DAN TERBILANG

JASAMU DI KENANG...

GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMAT

1) Mastuki bin Kasiran 1996
2) Ismail bin Mustari 1998
3) Rosli bin Zakaria 1998 - 2006
4) Mohd Yunus bin Amin 2006 - 2009
5) Md Shah bin Saidon 2009 hingga sekarang

VISI DAN MISI

Visi

Meningkatkan pencapaian di bidang
kurikulum dan kokurikulum
sekolah.

Misi

Menyediakan prasarana
pembelajaran yang selesa
Mewujudkan suasana persekitaran yang ceria.

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Agama Felda Ayer Hitam mula beroperasi pada 19 Jun 1966. Sekolah Agama yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 20,000.00 ini ditubuhkan atas sumbangan semua pihak peneroka-peneroka asal yang bermastautin di sini. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini juga dilakukan secara gotong-royong dari kalangan peneroka felda sendiri.
Selain itu pembinaan Sekolah Agama Felda Ayer Hitam turut menerima bantuan daripada pihak kerajaan melalui UMNO Bahagian Kluang Utara menerusi sumbangan kewangan sebanyak RM 7,000.00. Sebanyak RM 3,500.00 dari wang tersebut telah diserahkan kepada Jawatankuasa Sekolah Agama untuk membina dinding bangunan, daun pintu, membuat tingkap cermin,menyimin lantai, memasang jaring dan membuat longkang. Baki wang sebanyak RM 3,500.00 yang telah diserahkan kepada JKR Daerah untuk pembinaan tandas.
Pada akhir tahun 1966, pihak Briged Askar Melayu Diraja melalui Projek Jiwa Murni telah meratakan tanah sekeliling bangunan sekolah. Pada tahun 1968, jawatankuasa telah membina dua buah bilik darjah tambahan dari yang sedia ada. Kos pembinaan bilik darjah ini telah ditanggung oleh Jabatan Agama Johor.
Pada tahun 1979, UMNO Cawangan Felda Ayer Hitam telah menyewakan bangunan tambahan iaitu satu blok yang mengandungi dua bilik darjah kepada kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Pada 1984, Sekolah Agama Felda Ayer Hitam telah dibekalkan kemudahan eletrik oleh Kerajaan Negeri Johor dengan jumlah kos sebanyak RM 2,500.00.
Bangunan lama Sekolah Agama Felda Ayer Hitam dibaik pulih dan menerima bangunan baru pada tahun 1999 dengan kos sebanyak RM 80.000.00. Pada pertengahan tahun 2000, Sekolah Agama Felda Ayer Hitam menerima blok bangunan baru 3 tingkat, rumah guru beserta pagar dengan jumlah kos sebanyak RM 800.000.00.