Islamic Widget

Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Agama Felda Ayer Hitam mula beroperasi pada 19 Jun 1966. Sekolah Agama yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 20,000.00 ini ditubuhkan atas sumbangan semua pihak peneroka-peneroka asal yang bermastautin di sini. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini juga dilakukan secara gotong-royong dari kalangan peneroka felda sendiri.
Selain itu pembinaan Sekolah Agama Felda Ayer Hitam turut menerima bantuan daripada pihak kerajaan melalui UMNO Bahagian Kluang Utara menerusi sumbangan kewangan sebanyak RM 7,000.00. Sebanyak RM 3,500.00 dari wang tersebut telah diserahkan kepada Jawatankuasa Sekolah Agama untuk membina dinding bangunan, daun pintu, membuat tingkap cermin,menyimin lantai, memasang jaring dan membuat longkang. Baki wang sebanyak RM 3,500.00 yang telah diserahkan kepada JKR Daerah untuk pembinaan tandas.
Pada akhir tahun 1966, pihak Briged Askar Melayu Diraja melalui Projek Jiwa Murni telah meratakan tanah sekeliling bangunan sekolah. Pada tahun 1968, jawatankuasa telah membina dua buah bilik darjah tambahan dari yang sedia ada. Kos pembinaan bilik darjah ini telah ditanggung oleh Jabatan Agama Johor.
Pada tahun 1979, UMNO Cawangan Felda Ayer Hitam telah menyewakan bangunan tambahan iaitu satu blok yang mengandungi dua bilik darjah kepada kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Pada 1984, Sekolah Agama Felda Ayer Hitam telah dibekalkan kemudahan eletrik oleh Kerajaan Negeri Johor dengan jumlah kos sebanyak RM 2,500.00.
Bangunan lama Sekolah Agama Felda Ayer Hitam dibaik pulih dan menerima bangunan baru pada tahun 1999 dengan kos sebanyak RM 80.000.00. Pada pertengahan tahun 2000, Sekolah Agama Felda Ayer Hitam menerima blok bangunan baru 3 tingkat, rumah guru beserta pagar dengan jumlah kos sebanyak RM 800.000.00.

1 comment: